Paradise Linx

Program Komuniti

Pintar | Mudah | Selamat

Program komuniti pertama di Malaysia yang menggabungkan platform penyelesaian pembayaran tanpa tunai terkini dengan skim takaful yang unik serta manfaat menarik eksklusif untuk peserta ke arah membantu masyarakat dalam membina ekosistem perdagangan digital yang lebih luas.

Pengenalan

Program Komuniti ParadiseLinx diperkenalkan dan diuruskan oleh Paradise Linx Sdn Bhd atau dikenali sebagai ParadiseLinx. Paradiselinx bertanggungjawab menyediakan platform penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang PINTAR, MUDAH dan SELAMAT eksklusif untuk peserta program. Program ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk membantu komuniti dalam menyatukan ahli-ahlinya dan memperkasakan aktiviti ke arah pengurusan organisasi atau komuniti, ekonomi, dan menambahbaik kebajikan.

Nilai Teras Program

online-community-building

MEMBINA KOMUNITI PINTAR

Mendigitalkan sistem pengurusan komuniti ke arah membangunkan komuniti yang berdaya saing dan menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi.

img

EKOSISTEM EKONOMI YANG SELAMAT

Menyediakan platform dan mendidik masyarakat menggunakan sepenuhnya aplikasi digital untuk mewujudkan ekosistem ekonomi digital yang selamat dan cekap.

transforming-care_banner

Persekitaran Komuniti YANG SELESA

Memastikan persekitaran hidup yang selesa untuk komuniti dengan menyediakan pelbagai manfaat melalui pakej perkhidmatan dan aktiviti amal.

FAEDAH-FAEDAH PROGRAM

Bantuan Dana Pengurusan Jenazah kepada waris selepas dokumen kematian peserta yang dijana oleh agensi terbabit disahkan. Program ini juga menyediakan pakej perkhidmatan Perlindungan Hilang Upaya Takaful dan Hilang Upaya Kekal khas untuk peserta.

Portal Pengurusan Komuniti

Portal percuma yang memudahkan ahli pengurusan komuniti menguruskan maklumat data komuniti bagi menyemak status ahli, rujukan, pengurusan kebajikan, aktiviti sosial dan keselamatan ahli.

d-Kocek

Kami sedang mewujudkan platform penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang terkini dengan gabungan Kad Prabayar dan dKocek (e-wallet) untuk peserta ke arah mewujudkan ekosistem digital yang lebih luas.

Program Jenama Bersama PARADISELINX

Imej komuniti akan menjadi lebih menonjol apabila kad keahlian komuniti dilengkapi dengan kemudahan Kad Prabayar yang mempunyai pelbagai fungsi menarik.

RAKAN KONGSI PINTAR KAMI